Jumaat, 26 April 2013

BioCleanz

BioCleanz: Rangkaian penjagaan rumah berasaskan Ekstrak Sea Ion


Apakah itu Ekstrak Sea Ion?

Sea Ion adalah merupakan konsentrasi garam air laut yang melalui pemgekstrakan khas yang menghasilkan kandungan mineral yang tinggi. Ia bebas daripada bahan-bahan pencemar seperti petrokimia, bahan pengawet, agen pembuih, pewangi dan pigmen. Siri penjagaan rumah BioCleanz adalah komited untuk menjaga kesihatan sejagat melalui penggunaan bahan-bahan pembersih yang bebas daripada toksik, mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, serta memelihara alam persekitaran.

Penemuan Sea Ion mendapat Pensijilan Eco daripada Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Pertubuhan Kesihatan Perikatan WFPHA 2000 yang dianggotai oleh Taiwan, Singapura, China, Hong Kong, dan Jepun yang dibentuk sejak tahun 1995. Sea Ion juga lulus dalam pemeriksaan piawaian EU (kategori gred makanan) serta disahkan sebagai detergen mesra alam. Penghasilan Sea Ion digabungkan dengan teknologi pengekstrakan mentah oleh Pejabat Penyelidikan Eropah dan Amerika Syarikat sejak tahun 1991.


Bagaimana BioCleanz dengan Ekstrak Sea Ion dapat memelihara serta memulihara alam sekitar?
Pembersih berunsurkan bahan petrokimia digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ia telah menjadi bahan keperluan seharian dalam setiap keluarga. Kajian jangka panjang yang dijalankan oleh Pertubuhan-pertubuhan Kesihatan Sedunia dan negara-negara maju (terutamanya Jepun) mengesahkan bahawa penggunaan petrokimia dalam jangka masa panjang akan membawa kemudaratan kepada persekitaran ekologi dan kesihatan manusia. Dua ancaman utama yang dikenalpasti:

1.Pencemaran bumi: Telah disahkan bahawa lebih daripada 70% pencemaran tanah, sungai dan pemerosotan kualiti air adalah disebabkan oleh penggunaan dan pembuangan sisa-sisa pembersih petrokimia ke dalam air. Pembuangan dan pengumpulan sisa-sisa dalam jangka masa panjang telah menyebabkan alam sekitar lebih tercemar, berubah menjadi persekitaran yang berasid, berbau busuk serta menjadi tempat pembiakan bakteria dan virus. 

2.Mutasi gen dan DNA manusia: Serangan bahan-bahan petrokimia terhadap kulit manusia akan menyebabkan pelbagai penyakit kulit dan melemahkan sistem ketahanan badan.
BioCleanz dengan Ekstrak Sea Ion ialah pembersih yang mesra alam, sihat dan cekap!


Sabtu, 20 April 2013

Parasit?? Letih, selsema...mungkin ka parasit penyebabnya??

Arini saya mo share skit pasal parasit secara ringkas ja la ya...well sy bkn doktor...mo crita lebih detail pn bknnya pandai...so sy buat rumusan jala ya...hihi

Dah nama pn parasit kompemla kehadiran parasit akan bg kesan negatif pada kesihatan tubuh badan kita termasuk sistem imun. Macamana parasit bole masuk dlm bdn kita? Berkaki ayam di luar rumah, makan sayur dan buah yang tidak cukup bersih, mkn makanan y tidak cukup masak, minum air yang tidak ditapis antara penyebab parasit ni masuk dalam bdn kita loorr... memang susah mo kesan yang sakit kita adalah disebabkan parasit ataupun bukan...melainkan kita mintak buat blood test d klinik ja...tapi xsure la ada ka ndak itu test d malaysia ni...kalu ada pn harga xsure brp...hihi 

Tapi menurut DR.Oz antara simptom yang bole kita perhati ialah :
  • malar rasa penat even da cukup tidur pn still rasa ngantuk dan penat... 
  • najis warna kuning.. 
  • cramps 
  • bloating 
Parasit juga boleh memberi kesan kepada mood dan mengganggu penyerapan vitamin dalam usus kita seterusnya kesihatan kita pun terjejas. 


Image of the colon heavily infected with Trichuris trichirua worms, taken druing a colonoscopy of a patient who infected himself the parasite to treat his ulcerative colitis. The worms can damage the intestinal walls and cause bleeding, but the immune system repsonse they activate increases mucus production within the intestine, which could alleviate the symptoms of colitis.
CREDIT: Uma Mahadevan, UCSF





Eii gelikan? so langkah pencegahan wajib cuci tangan sblm mkn..buah n sayur pn bersihkan betul2 sblm dimakan.. .minum la air yang bertapis ..plg bgs air BIO Aura la.. bkn sekadar tapis pasir mcm y kebanyakn penapis dil luar sana tp segala bakteria pn xda can la...hihi 

Tapi kalau la wujud sdh parasit dlm bdn kita..apa mo buat ? apalagi singkirkan la parasit itu dgn memakan Bawang putih 2 cloves sehari...erk...sanggup ka ? saya tergigit bawang putih dlm masakan tu pn mo ter'bluek udah..hihi mmg la xsanggup den nk mkn mentah2 eh...so anda y mcm sy ni makanya bole cuba makan Garlic keluaran Hai O ni...harga pn murah jer...


GARLIC - YOU CAN SLIM UP WHILE YOU SLEEP

Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, pada masa yang sama menyingkirkan rasa tajam dan bau yang tidak menyenangkan, serta mengekalkan keberkesanan dan nutrisi bawang putih. Bawang putih mengandungi puluhan ramuan yang berguna termasuk: 33 jenis sulfida, 17 jenis asid amino, mineral termasuk germanium, kalsium, besi, kalium, magnesium, selenium, zink dan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin C dan sebagainya. 

Ia amat berguna untuk melawan kolesterol dalam badan dengan membekalkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) serta mengurangkan trigliserida. Hai-O Garlic tidak merangsangkan membran lendir perut, mudah diserap oleh usus kecil dan kesannya berlipat ganda.

Apakah kesan bawang putih?
Bawang putih kaya dengan nutrien, komponennya berfungsi untuk membantu menyelaras insulin, menurunkan lemak darah, melambatkan proses penuaan, mencegah artritis, membasmi kuman, melegakan keradangan dan mencegah mutasi sel.

Adakah mulut berbau selepas mengambil Hai-O Garlic?
Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih untuk menyingkirkan rasa tajam dan baunya yang tidak menyenangkan. Maka mulut tidak akan berbau selepas mengambilnya.

Jika bawang putih ditambah dalam lauk seharian, adakah kita perlu mengambil lagi Hai-O Garlic?
Sebahagian besar nutrisi bawang putih telah dirosakkan selepas bawang putih dimasak dalam suhu tinggi. Namun, Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, dapat mengekalkan nutrisi bawang putih dan lebih sihat untuk badan.

Adakah nilai nutrisi bawang putih lebih tinggi jika ia dimakan terus?
Jika bawang putih dimakan terus, ia perlu dihiris dan terdedah kepada udara kira-kira 15 minit supaya ia dapat bergabung dengan oksigen untuk menghasilkan allicin. Kemudian ia perlu dikunyah dengan seragam demi memastikan nilai nutrisi bawang putih dapat berfungsi sepenuhnya. Namun, rasa bawang putih yang tajam dan meninggalkan bau busuk dalam mulut, dan menyebabkan kebanyakan orang tidak dapat menerimanya.

Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garlic?
Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah tidak dicadangkan untuk mengambil, sementara kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas pula perlu mengurangkan saiz pengambilan kepada separuh. Nilai nutrisi bawang putih adalah tinggi, dapat menguatkan daya keimunan dan stamina bagi ibu mengandung. Jika ibu mengandung mempunyai tanda keguguran atau sering menghadapi masalah keguguran, terutamanya mereka yang bersusuk badan panas, adalah dicadangkan supaya mengelakkan makanan pedas seperti bawang putih dan cili.

http://www.myhealthnewsdaily.com/599-parasitic-worms-as-colitis-treatment-101201.html
http://www.doctoroz.com/videos/are-parasites-real-reason-your-sick-pt-3
http://www.doctoroz.com/blog/susan-evans-md/parasites














Jumaat, 19 April 2013

Garam buluh vs garam biasa...

Perbandingan 1 - Garam buluh Vs garam masakan biasa..


Perbandingan 1 - Garam buluh Vs garam masakan biasa...



Perbandingan 2 (pH) - Garam buluh Vs Garam biasa



Perbandingan 2 (pH) - Garam buluh Vs Garam biasa


Apa tunggu lagi jom tukar garam biasa kpd garam buluh !!

sekotak Garam Buluh Premier Drink  berharga RM128
(sekotak mengandungi 40sachet x 5g )
beli 3 kotak Garam Buluh Premier Drink FREE 1kotak Mineral Kopi (RM26.50wm / RM27.50em)



pm 012-8302192 eka






Rabu, 17 April 2013

Periksa kesihatan melalui bentuk najis..eiii

Okey, arini kita nak check kesihatan melalui bentuk najis y kita slalu buang tu...erk...bunyi macam xsenonoh lak cerita pasal najis ni kan... Tapi tahukah anda, bentuk najis itu menunjukan sebagus mana tahap kesihatan anda.. So, mula2 jawab dulu soalan dibawah.....

Soalan 1 : Adakah ia terapung?
Terapung [1 markah]
Tenggelam [2 markah]


Soalan 2 : Sejauh manakah kepejalannya?
Seperti ubat gigi [1 markah]
Keras [2 markah]

Soalan 3 : Berapakah beratnya? (dua ketul najis sehari, setiap diameter
berukuran lebih kurang 2 cm dan kira kira 15 cm panjang)
Lebih 200 gram [1 markah]
Bawah 200 gram [2 markah]


Soalan 4 : Berapa kerapkah anda membuang air besar?
Sekali sehari [1 markah]
Bukan setiap hari [2 markah]
Soalan 5 : Apakah warna najis anda?
Kuning [1 markah]
Coklat gelap [2 markah]

Soalan 6 : Adakah ia berbau?
Tidak sangat [1 markah]
Berbau busuk [2 markah]

Soalan 7 : Bagaimanakah bentuknya?
Seperti batu kelikir [1 markah]
Seperti adunan [1 markah]
Seperti pisang [1 markah]
Sangat keras [2 markah]
Cair : [2 markah]
Seperti tanah liat [2 markah]


PEMARKAHAN:-
7 - 9 markah : Tahniah! Anda sihat.
10 - 12 markah : Waspada apa yang anda makan. Lebihkan pengambilan serat
(fiber) pemakanan
13 - 14 markah : Amaran! Jika keadaan ini berterusan lebih lama, anda perlu
berjumpa doktor.


Wah so macamana adakah anda dalam kategori y sihat? jika ya alhamdulillah...kalu tidak maksudnya anda kena detoks...macamana? senang jer...minumla Lactolite...sekarang ada promosi beli 3 free 1...

PM / Watsapp 012-8302192 eka 



Photo: PROMOTION for Nurich LACTO-LITE Buy 3 Free 1, Start on APRIL 2013 - SEPTEMBER 2013.


Ini plak berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau dalam bahasa melayunya “Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.


Tahi jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia. Jadi, lepas ni jangan malas untuk buang air besar lagi ye.

Tahi jenis 3 dan 4

Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Tahi jenis 5,6 dan 7

Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!

Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!



Ahad, 14 April 2013

DEMAM??


Bayi saya demam. Adakah saya perlu risau? 

Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah dari 36.5 darjah C sehingga 37.8 darjah C. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar, dan suhu manusia selalunya akan naik semasa siang dan turun semasa malam. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah C pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah C pada waktu petang. 

Kenapa kita selalu demam? 


Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel "pembersih" dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman.

Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti dengan selesema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari.


Bagaimana saya boleh tahu sama ada demam bayi saya ini serius atau tidak?


 Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. 

  • Jika dia mempunyai demam pada 102 darjah F / 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi 
  • jika suhu dia ialah 101 darjah F / 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risauHubungi pakar pediatrik anda jika bayi anda berkelakuan aneh, jika tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa dan jika dia amat letih dan tidak menyusu. Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini. 

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari.


Apa maksud kekejangan febril?


Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril. Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, hubungi ambulans untuk membawa anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera

Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. (Bayi anda tidak akan menelan lidahnya,) Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda.

Bagaimana saya boleh mengesan demam?

Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta. 


Apa yang boleh saya lakukan untuk merawat demam bayi saya?

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. 
Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam:

• Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.

• Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).

• Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.

• Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.

• Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa. [ tips : slps mandi bolehla sapu BioEver pada bayi anda...sapu   7 spot n tambahan dahi n belakang telinga ]


Bio Ever kebahkan demam?

Kandungan utama Bioever ini sebenarnya adala pegaga. Mengikut amalan tradisi perubatan, pegaga telah digunakan untuk rawatan bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong), asma, rembesan gastric, disentri (cirit birit), masalah buah pinggang dan dropsi (penyakit disebabkanoleh pengumpulan air dalam badan). 

Herba ini mempunyai kesan yang cepat untuk menurunkan tekanan darah dan juga dijadikan sebagai ubat penawar awet muda . Di Malaysia pegaga dijadikan sebagai ulam makanan di kalangan masyarakat Melayu dan dijadikan sebagai air minuman penyejuk badan bagi masayarakat Cina serta dijadikan sebagai tonik di kalangan masyarakat India. Masyarakat Melayu menggunakan air rebusan daun pegaga untuk tujuan rawatan kusta dan reumatik (sakit sendi). Daun pegaga yang dipanas sehingga garing atau jus daun pegaga yang dicampurkan dengan makanan digunakan untuk mengurangkan cirit birit kanak-kanak. 

Setengah-setengah orang menggunakan daun pegaga sebagai bahan demah atau tuam untuk merawat sakit akibat luka atau daun pegaga yang dilumatkan dan ditampal pada badan untuk rawatan demamJus daripada akar pegaga yang diminum dapat mencuci ulser. Sesetengah orang mempercayai bahawa daun pegaga adalah baik bagi ibu selepas mengandung bagi tujuan awet muda.


Apa yang perlu saya elakkan?

• Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.

• Jangan biarkan anak anda kelaparan; bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.

• Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera. 

Isnin, 8 April 2013

MASALAH KESIHATAN AKIBAT KEKURANGAN MAGNESIUM

MASALAH KESIHATAN AKIBAT KEKURANGAN MAGNESIUM
Kredit to Vid Vita 

Tahukah anda Garam Buluh kaya dgn sumber Magnesium. 
Kopi Mineral Hai O juga mengandungi Garam Buluh sbb tu saya suka minum Kopi Mineral ni...selain nyaman atleast dpt juga sedikit sebanyak khasiat garam buluh yang kaya sumber magnesium ni kn. Tapi tidak ramai y tahu ttg kepentingan magnesium ni kn. Sebenarnya kekurangan Magnesium dlm bdn kita akan menyebabkan bnyk masalah kesihatan. Antara masalah kesihatan yang mungkin kita hadapi adalah spt ...

1. Mudah resah dan panik – magnesium (Mg) selalunya memastikan tekanan hormon adrenal di dalam kawalan.

2. Asma – kekurangan Mg meningkatkan pengeluaran histamine dan kejang bronkial.

3. Darah beku – Mg memainkan peranan penting dalam mencegah pembekuan darah dan memastikan darah cair - seperti aspirin tetapi tanpa kesan sampingan.

4. Penyakit ’bowel’ (pembuangan) – kekurangan Mg memperlahankan pembuangan najis yang menyebabkan sembelit, tubuh bertoksin dan kurang penyerapan nutrisi, mengakibatkan radang usus besar.

5. Cystitis – kekurangan Mg mengakibatkan kejang / radang pundi kencing bertambah buruk.

6. Depresi - hormon Serotonin bergantung kepada Mg dalam menentukan mood. Kekurangan Mg di otak menyebabkan ia lebih terdedah kepada alergen, mengakibatkan simptom yang sama seperti sakit mental

7. Detoksifikasi – Mg penting untuk menyah bahan toksik dan logam seperti aluminium dan plumbum.

8. Diabetes – Mg meningkatkan rembesan insulin, memudahkan metabolisma gula. Tanpa Mg insulin tidak dapat memindahkan glukos ke dalam sel. Glukos dan insulin terkumpul di dalam darah yang menyebabkan berbagai jenis kerosakan tisu.

9. Keletihan – pesakit yang kekurangan Mg selalunya mengalami keletihan disebabkan oleh puluhan sistem enzim yang tidak berfungsi. Simptom awal kekurangan Mg adalah sering keletihan

10. Masalah jantung – mereka yang mempunyai masalah jantung biasanya kekurangan Mg. Mg digunakan di hospital untuk masalah akut miokardium dan kardiaks arrhythmia. Seperti otot lain, otot jantung juga memerlukan Mg. Mg digunakan untuk merawat angina (pedih ulu hati) atau sakit dada.

11. Darah tinggi – tanpa Mg yang mencukupi, saluran darah menjadi kejang dan kolesterol meningkat, ini mengakibatkan masalah tekanan darah.

12. Hipoglycemia – Mg memastikan insulin berada di dalam kawalan, tanpa Mg mengakibatkan gula darah rendah

13. Imsonia – pengeluaran melatonin terganggu jika kekurangan Mg.

14. Masalah buah pinggang – Kekurangan Mg menyebabkan pengerasan arteri buah pinggang (atherosklerotik). Kekurangan Mg menjadikan paras lipid tidak normal dan memburukkan kawalan gula darah bagi pesakit yang melakukan pemindahan buah pinggang.

15. Penyakit hati mengakibatkan kegagalan hati – disebabkan oleh kekurangan Mg.

16. Migrain – keseimbangan hormon Serotonin bergantung kepada Mg. Kekurangan serotonin boleh menyebabkan migrain, sakit kepala dan kemurungan.

17. Kondisi Musculoskeletal – Fibrositis, fibromyalgia, kejang otot, mata mengerenyit, kejang / sakit leher dan belakang yang kronik disebabkan oleh kekurangan Mg dan boleh disembuhkan dengan pengambilan Mg.

18. Masalah saraf – Mg melegakan gangguan saraf peripheral di seluruh tubuh seperti migrain, kontraksi otot, kejang gastrointestinal, betis, kaki dan jari kaki. Ia juga digunakan dalam merawat simptom saraf pusat vertigo.

19. Obstetrics dan Gynecology - Mg mencegah sindrom premenstrual; mencegah dysmenorrhea (kejang semasa haid); penting dalam merawat masalah ketidaksuburan; mengurangkan kontraksi pramatang, preeclampsia dan eclampsia semasa mengandung. Intravena Mg (Intravenous) diberikan dalam rawatan obstetrical untuk wanita mengandung yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko palsi serebrum dan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Mg diperlukan sebagai makanan tambahan untuk wanita mengandung.

20. Osteoporosis – tanpa jumlah Mg yang seimbang, kalsium dan Vitamin D tidak dapat diserap, mengakibatkan pereputan tulang.

21. Sindrom Raynaud – Mg membantu menenangkan saluran darah spastik untuk melegakan kesakitan dan kebas pada jari.

22. Pereputan gigi – kekurangan Mg mengakibatkan jumlah fosforus dan kalsium tidak seimbang dalam air liur, mengakibatkan kerosakan gigi.


Bahan dipetik daripada Dean, Carolyn. The Miracle of Magnesium (2003 Ballantine Books: New York, NY), 2003. Pp.5-7.