Nurich Lacto-Lite


PROBIOTIK dan PREBIOTIK?

Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.


Fakta yang anda perlu tahu mengenai sistem penghadaman/gastrousus anda:

Ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteria, termasuk bakteria baik dan bakteria jahat


Bakteria baik membantu...
* menggalakkan penghadaman
* menggalakkan penyerapan nutrien yg lebih berkesan
* menghalang / mengawal pembiakan bakteria jahat atau patogen yang tidak diingini


Bakteria jahat yang membawa penyakit


Disebabkan wujudnya bakteria baik dan bakteria jahat di dalam perut kita, maka kita mestilah memastikan keseimbangan populasi mereka.



Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor dan keadaan yang boleh mengganggu populasi bakteria baik ini iaitu penuaan, stres, pengambilan antibiotik, pil pencegah kehamilan, gaya hidup yang tidak sihat dan diet tidak seimbang.



Gangguan keseimbangan di dalam sistem gastrousus boleh menggalakkan pembiakan bakteria jahat dan meningkatkan risiko penyakit keradangan, penyakit berjangkit dan bermacam penyakit lain lagi.



Gejala yang perlu diperhatikan ialah kembung perut, senak perut, sakit perut, cirit-birit dan sembelit. Hilang selera makan, jangkitan dan alahan kulit juga menjadi petanda masalah keseimbangan mikroflora usus.


Kajian menunjukkan bahawa probiotik memberikan perlindungan terhadap penyakit gastro-usus seperti sindrom usus terganggu, penyakit Crohn, ulser kolitis, dan alahan makanan.


Kebaikan Probiotik
Mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa
Meningkatkan penghadaman
Meningkatkan penyerapan galian
Menghasilkan vitamin
Melegakan gejala cirit-birit
Menguatkan sistem ketahanan badan

Prebiotik pula adalah makanan atau nutrisi yg diperlukan oleh probiotik untuk berkembang dan berfungsi dgn baik.

Menurut kajian yang dijalankan, prebiotik dapat meningkatkan bilangan dan aktiviti bifidobacteria dan lactic acid bacteria, yang berfungsi untuk membantu meningkatkan penyerapan mineral dan menguatkan sistem imuniti badan. 

Secara tradisional, ia terdapat di dalam kacang soya, sumber inulin, oat, barley, kacang almond dan lain2 lagi.

__________________________________________________________________________



Nurich Lacto-Lite adalah minuman berkhasiat yang menggabungkan yogurt kultur hidup dan inulin. Ia merupakan simbiotik yang menggabungkan kedua-dua probiotik (bakteria berguna) dan prebiotik (makanan bakteria berguna – inulin), dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan bakteria berguna di dalam badan manusia. Bakteria berguna dan inulin dalam Nurich Lacto-Lite tidak akan dirosakkan oleh asid perut dan garam hempedu. Ia terus memasuki dan melekat pada membran lendir usus untuk berfungsi. Nurich Lacto-Lite kaya dengan serat larut dalam air, mempercepatkan kadar pembiakan bakteria berguna dalam badan, menyekat pertumbuhan sel rosak dan mendirikan sawar biologi dalam saluran usus. Pengambilannya dapat menggalakkan penyerapan nutrisi, mengekalkan keseimbangan mikrob dalam saluran usus, menjadikan fungsi perut dan usus kekal sihat, dan seterusnya meningkatkan daya keimunan badan.



Keistimewaan: 

>Mengurangkan bahan fermentasi beracun dan penghasilan enzim bakteria berbahaya.

>Menyekat patogen dan cirit-birit.

>Menyingkirkan sisa bahan buangan untuk mengurangkan sembelit.

>Meningkatkan daya imunisasi badan.
>Menggiatkan sintesis nutrien makanan.

>Merangsang penyerapan nutrisi dalam usus.

Lactolite adalah satu-satunya minuman yogurt yang tidak mengandungi gula serta diiktiraf selamat oleh FDA.


__________________________________________________________________________


Probiotik Terbukti Baik Untuk Wanita Hamil Menurut


SEBAGAI seorang wanita, impian bergelar ibu adalah naluri semula jadi yang tidak dapat dinafikan.

Disebabkan itulah, sebaik sahaja disahkan mengandung, bakal-bakal ibu pastinya mengambil berat akan pemakanan mereka sepanjang sembilan bulan agar kesihatan diri serta anak yang dikandung sihat.
Untuk itu, bagi menjamin kesihatan bakal-bakal ibu, mereka digalakkan mengambil produk pemakanan berkhasiat yang baik khusus untuk keperluan pemakanan wanita mengandung.
Di samping pemakanan berkhasiat yang lazim dinasihatkan oleh para doktor, kini ibu-ibu mengandung turut disarankan agar mengambil makanan yang mengandungi probiotik untuk menjamin kesihatan anak yang dikandung.

Dalam masa yang sama, pemakanan yang berkhasiat amat digalakkan agar ia dapat menampung kesihatan bayi sebaik dilahirkan sehingga menjangkau 1,500 hari.
Dipercayai sepanjang tempoh ini merupakan masa kritikal untuk pembentukan serta tumbesaran anak-anak dan ia perlu diberi perhatian serta tumpuan oleh ibu bapa.
Oleh yang demikian, menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Natasha Ain Mohd. Nor, ibu-ibu mengandung digalakkan mengambil pemakanan yang mengandungi probiotik seperti tempe, yogurt, minuman berkultur, miso dan sesetengah minuman jus atau soya.

Ini kerana ulas Dr. Natasha, golongan itu sering menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti sembelit, pedih hulu hati, keputihan, kencing tidak lawas dan sebagainya.
Dengan adanya ‘bantuan’ daripada pengambilan makanan-makanan yang mengandungi probiotik, ia dapat membantu mengurangkan masalah tersebut dengan penambahan bakteria baik di dalam usus.

Ia juga dapat mengekal dan meningkatkan kesihatan ibu-ibu mengandung dan anak yang dikandung kerana lazimnya daya tahan wanita semasa mengandung akan menurun.

“Ibu-ibu yang mengandung digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik melalui diet harian dan memakan suplemen dalam bentuk kapsul, pil atau susu ibu mengandung yang terdapat probiotik.
“Pengambilan probiotik bukan sahaja memanfaatkan kepada ibu malah ia turut memberi kebaikan kepada anak yang dikandung.

“Secara tidak langsung, kebaikan probiotik yang diambil semasa mengandung akan berterusan sehingga anak yang dilahirkan mencecah 1,500 hari," ujarnya ketika ditemui di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, baru-baru ini.

Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan badan kuat dan sihat.
Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dalam ekosistem usus dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Malah sistem ketahanan badan yang baik diperlukan bagi menjaga kesihatan.

Di sinilah probiotik atau ‘bakteria baik’ dalam usus dilihat memainkan peranan penting bagi memperkuatkan lagi sistem imun.
Kekurangan probiotik juga menyebabkan sistem ketahanan badan tidak berkembang dengan baik. Ini boleh membawa kepada gangguan sistem ketahanan, gejala alahan dan obesiti.

Menurut Dr. Natasha banyak kajian klinikal telah dilakukan mengenai makanan tambahan probiotik. Salah satunya oleh seorang profesor dalam bidang perubatan kanak-kanak dari Universiti Turku, Finland, Dr. Erika Isolauri.
Kajian yang dilakukan oleh Dr. Isolauri baru-baru ini telah menemui fungsi terbaru probiotik di mana ia mungkin memainkan peranan penting untuk mengawal paras gula dan juga berat badan bagi ibu-ibu mengandung.
Ini bermakna probiotik mampu mengawal kencing manis dan berat badan wanita ketika hamil dan selepas bersalin.
Bagaimanapun ujar Dr. Natasha, ia masih lagi dalam kajian awal dan kajian seterusnya perlu dilakukan.
Kata beliau, pengambilan probiotik juga adalah untuk maksimumkan kebaikan bayi selain dapat meredakan bayi yang sedang mengalami masalah cirit birit.

Berbicara mengenai jumlah pengambilan probiotik, ulas Dr. Natasha, setiap individu adalah berbeza dan seelok-eloknya mengikut nasihat yang disarankan doktor.
Apabila ditanya mengenai kesan sampingan pula, ulas Dr. Natasha, kajian-kajian saintifik tidak menunjukkan sebarang kesan buruk yang tidak diingini di kalangan wanita mengandung dan bayi.
Dr. Natasha juga percaya orang ramai perlu dididik mengenai manfaat probiotik kerana ia bukan sahaja memberi kebaikan kepada ibu-ibu mengandung serta bayi tetapi juga kepada orang ramai.

______________________________________________________________________________

Testimonial 

Seorang customer ni, Ida consumed Nurich Lacto-Lite and a breastfeeding mother juga. Ida juga bagitau yang Nurich Lacto-Lite nie boleh jadi as your milk booster.

Pengalaman Ida consume Nurich Lacto-Lite

Kisahnya...

After 1 week minum Nurich Lacto-Lite, dia pun period about 1 week.

Guess what? After 2 weeks consume Nurich Lacto-Lite, weight Ida
turun another 1kg
. Bukan tu je.... dia notice production susunya makin bertambah. Seriously. Meriah semacam. Pam jer dapat 50z. Pam jer dapat 5oz. Perghhh...:)

Dulu, sebelum Intan (her daughter) start solid food, memang susu badan agak meriah. Lepas Intan dah start solid food, susu agak merudum. From 10oz sekali dapat, kurang la dalam 60z sekali dapat. Tapi, tue tak mematahkan semangat Ida. Dia buat la double pumping plak...:) So, normally, now, after Intan dah 1 year 5 months ni, selalu biler Ida pam, hanya dapat 40z camtue jer...:) Tapi, Ida tetap bersyukur, sekurang-kurangnyer Intan still ader rezeki untuk minum susu ibu kan?

Now, dari semalam, Ida notice,after dah 2 minggu consume Nurich Lacto-Lite,susu Ida macam makin bertambah
. Imagine yer, Ida pam setiap 2 jam, setiap 2 jam tu la Ida boleh dapat more than 5oz...:) Amazing kan? Ida memang percaya pada power pumping,

Nurich Lacto-Lite banyak membantu Ida dalam memeriahkan susu badan Ida nie. Ida tak ambil other supplements, sebab Ida Nurich Lacto-Lite nie dah banyak membantu dalam mencergaskan diri
...:) dah banyak mengubah Ida dari segi penampilan diri dan kesihatan dalaman... :)

Sekarang, Nurich Lacto-Lite...:) Memang Ida tak sangka sangat yang produk nie boleh jadi
milk booster Ida :) Asalnyer, Ida minum untuk detox perut..

Seriously, after minum, memang badan jadi ringan. And totally safe for all of us.
Tak payah pantang makan pon. Nak makan buah boleh, nak makan nasi boleh. Ida makan macam biasa jer, takder pantang makan pon. And still, Ida boleh turun another 1kg dengan minum Nurich Lacto-Lite...:) Now, dah jadi my own milk booster plak...:)

So, for breastfeeding mothers, untuk yang nak slim down , you all boleh cuba product nie. Don't worry, memang totally safe... :) Sebab saya sendiri dah cuba. And memang from my own experience, memang banyakkan susu badan. Insya Allah...:)


1 ulasan:


  1. Artikel yang menarik. Antara kebaikan probiotik ialah ia dapat melegakan masalah sembelit kerana probiotik dapat menstabilkan koloni-koloni bakteria sihat yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.

    BalasPadam