Khamis, 22 November 2012

Manfaat Ekstrak Biji Anggur dlm BBplus...

Menerusi kajian secara ilmiah mengenai buah anggur, diyakini bahawa ia memiliki khasiat dari sudut perubatan. Anggur merupakan sejenis buah rendah lemak, dan disebut-sebut sebagai makanan fungsional yang banyak memberikan manfaat dari nutrisi yang terkandung kerana dapat mengurangi risiko kardiovaskular.

Di antara sekian banyak buah-buahan Buah Anggur telah disebutkan sebanyak 14 kali didalam Al-quran. Telah disebutkan juga di dalam Al-Quran anggur memiliki khasiat dan kegunaan yang luar biasa. Anggur yang kering disebut kismis dan kismis yang baik biasanya berukuran besar, berlemak, dan banyak mengandungi minyak, juga berkulit tipis dan bijinya sedikit. 

Menurut Hisham Tahlbah dalam karyanya bertajuk Ensiklopedia Mukzijat Alquran dan Hadis, kismis yang seperti itu kaya kandungan gizi. Jika dimakan bijinya akan memberi manfaat yang banyak untuk pencernaan, hati dan limfa. Tahlbah menambahkan, kismis juga dapat mempersubur hati, selain juga bermanfaat untuk menghilangkan rasa sakit di tenggorok, dada, paru-paru dan ginjal. 





Ekstrak Biji Anggur (Vitis Vinifera)





  • Ekstrak biji anggur mengandungi unsur tumbuhan semulajadi (bioflavonoid) yang menguatkan dan melindungi tisu.
  • kaya dengan oligomerik pro antosianidin atau OPC (Oligomerc Procyanidolic Complexes) iaitu unsur aktif ekstrak biji anggur adalah 50x lebih kuat dari Vitamin E dan 20x lebih kuat dari Vitamin C
  • Ekstrak ini bertindak sebagai antioksida, antihistamin, antiradang, anti-alergi
  • Anti-penuaan yang berkesan kerana sifat antioksidannya dengan meningkatkan ketahanan plasma darah terhadap tekanan beroksida.

  • Menguatkan saluran darah, penting untuk kecantikan kulit dan membantu dalam peredaran darah


Manfaat tambahan ekstrak biji anggur


  • Mencegah pembentukan plak dalam arteri.
  • Meningkatkan kecerdasan mental dan boleh membantu untuk mengelakkan keadaan uzur.
  • Mencegah kerosakan gigi
  • Membantu untuk mencegah osteoporosis
  • Boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan sel kanser
  • Membantu peredaran darah
  • Mengatasi komplikasi disebabkan oleh kencing manis
  • Meredakan konstipasi (sembelit)
  • Ia adalah larut minyakmenyampaikan perlindungan antioksidan denganmenembusi membran sel seluruh badan.



sumber :
http://www.mdidea.com/products/phytochemical/oligomericproanthocyanidins04.html
http://www.naturalnews.com/029223_grape_seed_extract_health.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan