Jumaat, 26 April 2013

BioCleanz

BioCleanz: Rangkaian penjagaan rumah berasaskan Ekstrak Sea Ion


Apakah itu Ekstrak Sea Ion?

Sea Ion adalah merupakan konsentrasi garam air laut yang melalui pemgekstrakan khas yang menghasilkan kandungan mineral yang tinggi. Ia bebas daripada bahan-bahan pencemar seperti petrokimia, bahan pengawet, agen pembuih, pewangi dan pigmen. Siri penjagaan rumah BioCleanz adalah komited untuk menjaga kesihatan sejagat melalui penggunaan bahan-bahan pembersih yang bebas daripada toksik, mempunyai ciri-ciri anti-bakteria, serta memelihara alam persekitaran.

Penemuan Sea Ion mendapat Pensijilan Eco daripada Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Pertubuhan Kesihatan Perikatan WFPHA 2000 yang dianggotai oleh Taiwan, Singapura, China, Hong Kong, dan Jepun yang dibentuk sejak tahun 1995. Sea Ion juga lulus dalam pemeriksaan piawaian EU (kategori gred makanan) serta disahkan sebagai detergen mesra alam. Penghasilan Sea Ion digabungkan dengan teknologi pengekstrakan mentah oleh Pejabat Penyelidikan Eropah dan Amerika Syarikat sejak tahun 1991.


Bagaimana BioCleanz dengan Ekstrak Sea Ion dapat memelihara serta memulihara alam sekitar?
Pembersih berunsurkan bahan petrokimia digunakan secara meluas di seluruh dunia. Ia telah menjadi bahan keperluan seharian dalam setiap keluarga. Kajian jangka panjang yang dijalankan oleh Pertubuhan-pertubuhan Kesihatan Sedunia dan negara-negara maju (terutamanya Jepun) mengesahkan bahawa penggunaan petrokimia dalam jangka masa panjang akan membawa kemudaratan kepada persekitaran ekologi dan kesihatan manusia. Dua ancaman utama yang dikenalpasti:

1.Pencemaran bumi: Telah disahkan bahawa lebih daripada 70% pencemaran tanah, sungai dan pemerosotan kualiti air adalah disebabkan oleh penggunaan dan pembuangan sisa-sisa pembersih petrokimia ke dalam air. Pembuangan dan pengumpulan sisa-sisa dalam jangka masa panjang telah menyebabkan alam sekitar lebih tercemar, berubah menjadi persekitaran yang berasid, berbau busuk serta menjadi tempat pembiakan bakteria dan virus. 

2.Mutasi gen dan DNA manusia: Serangan bahan-bahan petrokimia terhadap kulit manusia akan menyebabkan pelbagai penyakit kulit dan melemahkan sistem ketahanan badan.
BioCleanz dengan Ekstrak Sea Ion ialah pembersih yang mesra alam, sihat dan cekap!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan