Isnin, 8 April 2013

MASALAH KESIHATAN AKIBAT KEKURANGAN MAGNESIUM

MASALAH KESIHATAN AKIBAT KEKURANGAN MAGNESIUM
Kredit to Vid Vita 

Tahukah anda Garam Buluh kaya dgn sumber Magnesium. 
Kopi Mineral Hai O juga mengandungi Garam Buluh sbb tu saya suka minum Kopi Mineral ni...selain nyaman atleast dpt juga sedikit sebanyak khasiat garam buluh yang kaya sumber magnesium ni kn. Tapi tidak ramai y tahu ttg kepentingan magnesium ni kn. Sebenarnya kekurangan Magnesium dlm bdn kita akan menyebabkan bnyk masalah kesihatan. Antara masalah kesihatan yang mungkin kita hadapi adalah spt ...

1. Mudah resah dan panik – magnesium (Mg) selalunya memastikan tekanan hormon adrenal di dalam kawalan.

2. Asma – kekurangan Mg meningkatkan pengeluaran histamine dan kejang bronkial.

3. Darah beku – Mg memainkan peranan penting dalam mencegah pembekuan darah dan memastikan darah cair - seperti aspirin tetapi tanpa kesan sampingan.

4. Penyakit ’bowel’ (pembuangan) – kekurangan Mg memperlahankan pembuangan najis yang menyebabkan sembelit, tubuh bertoksin dan kurang penyerapan nutrisi, mengakibatkan radang usus besar.

5. Cystitis – kekurangan Mg mengakibatkan kejang / radang pundi kencing bertambah buruk.

6. Depresi - hormon Serotonin bergantung kepada Mg dalam menentukan mood. Kekurangan Mg di otak menyebabkan ia lebih terdedah kepada alergen, mengakibatkan simptom yang sama seperti sakit mental

7. Detoksifikasi – Mg penting untuk menyah bahan toksik dan logam seperti aluminium dan plumbum.

8. Diabetes – Mg meningkatkan rembesan insulin, memudahkan metabolisma gula. Tanpa Mg insulin tidak dapat memindahkan glukos ke dalam sel. Glukos dan insulin terkumpul di dalam darah yang menyebabkan berbagai jenis kerosakan tisu.

9. Keletihan – pesakit yang kekurangan Mg selalunya mengalami keletihan disebabkan oleh puluhan sistem enzim yang tidak berfungsi. Simptom awal kekurangan Mg adalah sering keletihan

10. Masalah jantung – mereka yang mempunyai masalah jantung biasanya kekurangan Mg. Mg digunakan di hospital untuk masalah akut miokardium dan kardiaks arrhythmia. Seperti otot lain, otot jantung juga memerlukan Mg. Mg digunakan untuk merawat angina (pedih ulu hati) atau sakit dada.

11. Darah tinggi – tanpa Mg yang mencukupi, saluran darah menjadi kejang dan kolesterol meningkat, ini mengakibatkan masalah tekanan darah.

12. Hipoglycemia – Mg memastikan insulin berada di dalam kawalan, tanpa Mg mengakibatkan gula darah rendah

13. Imsonia – pengeluaran melatonin terganggu jika kekurangan Mg.

14. Masalah buah pinggang – Kekurangan Mg menyebabkan pengerasan arteri buah pinggang (atherosklerotik). Kekurangan Mg menjadikan paras lipid tidak normal dan memburukkan kawalan gula darah bagi pesakit yang melakukan pemindahan buah pinggang.

15. Penyakit hati mengakibatkan kegagalan hati – disebabkan oleh kekurangan Mg.

16. Migrain – keseimbangan hormon Serotonin bergantung kepada Mg. Kekurangan serotonin boleh menyebabkan migrain, sakit kepala dan kemurungan.

17. Kondisi Musculoskeletal – Fibrositis, fibromyalgia, kejang otot, mata mengerenyit, kejang / sakit leher dan belakang yang kronik disebabkan oleh kekurangan Mg dan boleh disembuhkan dengan pengambilan Mg.

18. Masalah saraf – Mg melegakan gangguan saraf peripheral di seluruh tubuh seperti migrain, kontraksi otot, kejang gastrointestinal, betis, kaki dan jari kaki. Ia juga digunakan dalam merawat simptom saraf pusat vertigo.

19. Obstetrics dan Gynecology - Mg mencegah sindrom premenstrual; mencegah dysmenorrhea (kejang semasa haid); penting dalam merawat masalah ketidaksuburan; mengurangkan kontraksi pramatang, preeclampsia dan eclampsia semasa mengandung. Intravena Mg (Intravenous) diberikan dalam rawatan obstetrical untuk wanita mengandung yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko palsi serebrum dan Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Mg diperlukan sebagai makanan tambahan untuk wanita mengandung.

20. Osteoporosis – tanpa jumlah Mg yang seimbang, kalsium dan Vitamin D tidak dapat diserap, mengakibatkan pereputan tulang.

21. Sindrom Raynaud – Mg membantu menenangkan saluran darah spastik untuk melegakan kesakitan dan kebas pada jari.

22. Pereputan gigi – kekurangan Mg mengakibatkan jumlah fosforus dan kalsium tidak seimbang dalam air liur, mengakibatkan kerosakan gigi.


Bahan dipetik daripada Dean, Carolyn. The Miracle of Magnesium (2003 Ballantine Books: New York, NY), 2003. Pp.5-7.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan