Rabu, 17 April 2013

Periksa kesihatan melalui bentuk najis..eiii

Okey, arini kita nak check kesihatan melalui bentuk najis y kita slalu buang tu...erk...bunyi macam xsenonoh lak cerita pasal najis ni kan... Tapi tahukah anda, bentuk najis itu menunjukan sebagus mana tahap kesihatan anda.. So, mula2 jawab dulu soalan dibawah.....

Soalan 1 : Adakah ia terapung?
Terapung [1 markah]
Tenggelam [2 markah]


Soalan 2 : Sejauh manakah kepejalannya?
Seperti ubat gigi [1 markah]
Keras [2 markah]

Soalan 3 : Berapakah beratnya? (dua ketul najis sehari, setiap diameter
berukuran lebih kurang 2 cm dan kira kira 15 cm panjang)
Lebih 200 gram [1 markah]
Bawah 200 gram [2 markah]


Soalan 4 : Berapa kerapkah anda membuang air besar?
Sekali sehari [1 markah]
Bukan setiap hari [2 markah]
Soalan 5 : Apakah warna najis anda?
Kuning [1 markah]
Coklat gelap [2 markah]

Soalan 6 : Adakah ia berbau?
Tidak sangat [1 markah]
Berbau busuk [2 markah]

Soalan 7 : Bagaimanakah bentuknya?
Seperti batu kelikir [1 markah]
Seperti adunan [1 markah]
Seperti pisang [1 markah]
Sangat keras [2 markah]
Cair : [2 markah]
Seperti tanah liat [2 markah]


PEMARKAHAN:-
7 - 9 markah : Tahniah! Anda sihat.
10 - 12 markah : Waspada apa yang anda makan. Lebihkan pengambilan serat
(fiber) pemakanan
13 - 14 markah : Amaran! Jika keadaan ini berterusan lebih lama, anda perlu
berjumpa doktor.


Wah so macamana adakah anda dalam kategori y sihat? jika ya alhamdulillah...kalu tidak maksudnya anda kena detoks...macamana? senang jer...minumla Lactolite...sekarang ada promosi beli 3 free 1...

PM / Watsapp 012-8302192 eka 



Photo: PROMOTION for Nurich LACTO-LITE Buy 3 Free 1, Start on APRIL 2013 - SEPTEMBER 2013.


Ini plak berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau dalam bahasa melayunya “Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.


Tahi jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia. Jadi, lepas ni jangan malas untuk buang air besar lagi ye.

Tahi jenis 3 dan 4

Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.

Tahi jenis 5,6 dan 7

Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!

Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan